Want your
own Fotopage?







 
Abu Wijaz Al Miriey's FotoPage
Abu Wijaz
By: Abu Wijaz Al Miriey Mohamed

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  >  >>]    [Archive]
Saturday, 6-Oct-2007 04:08 Email | Share | | Bookmark
Majlis Khatam Al Quran SM Sains Miri

 
 
 
View all 11 photos...
Alhamdulillah Majlis Khatam Al quran berjalan dengan lancar dengan izin Allah. syukran kepada AJK guru yang terlibat dalam menjayakan program ini..Moga Allah membalas amal kalian semua.

Care to comment?


Tuesday, 2-Oct-2007 13:33 Email | Share | | Bookmark
Demam peperiksaan bermula !!!

 
 
 
View all 5 photos...
Peperiksaan akhir tahun telah bermula dengan pepriksaan menengah rendah dahulu..kemudian diikuti dengan peperiksaan menengah atas pada 8 Oktober nanti..
semoga berjaya anak didikku.

Care to comment?


Friday, 28-Sep-2007 13:53 Email | Share | | Bookmark
Pelancaran tabung derma anak yatim Sarawak

 
 
 
Jabatan Pendidikan Islam & Moral telah melancarkan kutipan derma untuk anak yatim Sarawak. Kutipan ini telah digerakkan di seluruh sekolah-sekolah sekitar Miri.

Care to comment?


Tuesday, 25-Sep-2007 12:51 Email | Share | | Bookmark
Tadarus Al Quran SM Sains Miri

 
 
 
View all 7 photos...
Pada bulan Ramadhan ini seramai 30 orang pelajar lelaki telah memulakan tadarus Al Quran juzuk demi juzuk selepas selesai daripada hari persekolahan. Mereka menghabiskan 3 juzuk satu hari.
Syabas kepada mereka kerana mengidupkan ramadhan !

ada gmbar waktu majlis khatam x uxtz? Wed 31-Oct-2007 08:19
Posted by:students 03231
alol..hehe..khusyuknya.. Wed 31-Oct-2007 08:20
Posted by:students 03231
gambar tu dah dimasukkan.akan diup date lagi...
thanks coz sudi datang melawat blog ni..
Fri 2-Nov-2007 00:42
Posted by:ustak abuwildan75@yahoo.com.my
Add comment


Sunday, 23-Sep-2007 13:44 Email | Share | | Bookmark
Berbaloikah RM240 ???

Entry kali ini kamek ingin meluahkan perasaan kamek sebagai seorang warden asrama. Kamek telah jadi warden sejak tahun 2002 lagi. Selepas kamek duty hari ni mulai jam 3 - 430 petang, kamek pergi pula ke rumah kawan untuk berbuka puasa. Acara dimulakan awal sedikit dengan sesi tazkirah dan " sembang ilmiah ". Selepas berbuka 730 malam kamek berkejar pula untuk duty dibilik warden lagi (round ke 2).Belum sempat panas punggung dua orang pelaajr perempuan memberitahu ada pelajar perepuan tingkatan satu pengsan disurau semasa solat terawih.Kamek bergegas ke sana dan terus menghantarnya ke hospital.lebih kurang jam 930 malam kamek pulang ke tempat duty dan pelajar yang sakit tadi ditemani ibubapanya.
Persoalannya jika kamek mahu berkira sangat duit minyak kereta tak dapat diclaim, pastu bila masuk hospital duit sebagai pesakit luar, warden juga yang kena bayar...kalau terjadi macam malam ni kira ok lah tu...taklah merana sangat...
Tapi apa yang saya nak kongsikan di sini ialah pernah satu ketika (awal tahun ni) kamek terpaksa hantar pelajar lelaki yang pengsan juga..(pelajar sekolah ni banyak yg suka pengsan....)pukul 800 malam kamek hantar dia ke hospital. Pada masa tu kamek bawa Wildan anak kamek (3tahun). Dia selalu ikut kamek duty warden. Yg seorang lagi tu kamek suruh umminya jaga. Memang kami dah bahagikan seorang satu.. Apa yang nak diberitahu di sini ialah kamek terpaksa tunggu hingga jam 230 pagi untuk selesai urusan medical check up ke atas pelajar tadi.Kamek nak tinggalkan budak tu seorang diri tak sampai hati pulak.Nanti terjadi apa-apa hal kamek yag susah. So tunggulah kamek bersama Wildan dalam kereta....Anak kamek pd masa tu beberapa ajak kamek balik ke rumah dan mahu susu. Kamek menenangkannya supaya tunggu sekejap saja lagi....hinggalah dia tertidur dalam kereta walaupun penuh dengan nyamuk...bayangkan !! anak kamek tertidur mengharapkan susu, tapi susu tak kunjung jua..beberapa kali tersedar dia dari tidur akibat gigitan nyamuk...bila dia sedar dia mintak lagi susu...terpaksalah kamek tenangkannya...begitulah hingga jam 230 pagi...
Buat anak didikku yang membaca blog ni,,fikir-fikirlah betapa besarnya pengorbanan warden-warden SM Sains Miri ni..Bukan kamek saja yang melaluinya bahkan semua warden pernah merasainya..

terima kasih nisa' sebab bagi semangat pd ustaz. moga antum semua berjaya dengan cemerlang dalam PMR Fri 5-Oct-2007 12:44
Posted by:ustaz Bahasa Arab abuwildan75@yahoo.com.my
salam sheh...
besabar sheh, mun nak harap 240ya yang orang madah apalah gilak.. benar kata kitak kadang2 anak orang dolok didahulukan.. anak dirik kemudian. tapi yalah pergorbanan seorang guru.. tambah2 lagi waden asrama.. nak10 ringit duit minyak g hospital sik apalah, anggap sedekah jak nk nolong biyak. sik dbayar di dunia, di akhirat kelak dibalas.. untuk pelajar2, dengarlah kata2 guru, hormatilah guru.. insyalah kitak orang akan diberkati. salam...
Thu 1-Nov-2007 01:37
Posted by:trueboxmustseen
salam ustaz...
sabar jak la,maybe ya dugaan dari-NYA dlm tugas ustaz.Anyway,harap org akan kenang segala jasa ustaz.Mun x dpt balasan d dunia,ustaz akan dpt balasan yg lbh gk d akhirat lak.semoga ustaz d berkati oleh Allah.kmk nak ucap selamat berpuasa utk ustaz sekeluarga n semua warga sainsri.semoga ramadhan kali ini akan membawa rahmat buat kita semua....insyaAllah...
Tue 26-Aug-2008 17:37
Posted by:dyg munirah nyra_112@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


Saturday, 22-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Khatam Al Quran Dan Berbuka Puasa Bersama Tim. Pengarah

 
Lebih kurang jam 430 petang kami (Guru Pendidikan Islam) menyambut ketibaan Timbalan Pengarah Pelajarah Sarawak (Tn. Hj. Murtadza Hj. Alop) untuk ke majlis kami ini anjuran Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari En Awang @ Ibrahim (PPGM)dan seterusnya ucapan daripada Tn Hj. Murtadza.

Care to comment?


Saturday, 22-Sep-2007 07:44 Email | Share | | Bookmark
Majlis Izin Ilmu PMR

 
As Shafiq berikrar
 
View all 17 photos...
Cikgu menghalalkan segala ilmu apa yang diajar selama ini dan cikgu maafkan awak semua...
itulah ungkapan yang dapat kami ucapkan kepada bakal calon PMR ....semoga berjaya

terima kasih byk2 ustaz n smua guru di bumi sainsri!! Fri 5-Oct-2007 07:46
Posted by:dk.asmanissa nissajadith@yahoo.com
Add comment


Friday, 21-Sep-2007 07:17 Email | Share | | Bookmark
Majlis Solat Hajat PMR/SPM

Ust Roshaideen Othman menyampaikan ceramah sebelum bacaan yasin
En. Rizal, pengacara yg berwibawa
 
View all 10 photos...
Sebagai usaha yang terakhir pelajar-pelajar PMR terutamanya berserah kepada Allah swt seleppas penat lelah bertungkus lumus dengan buku pelajaran. Moga usaha anda itu diberkati Allah.
Selepas bacaan yasin semua warga SMSM berbuka puasa di surau dan menjamu selera di Kafe Sainsri..

kamek jemput ibubapa bermoreh selepas solat terawih tapi tak disediakan moreh (ada sikit salah faham). nasib baiklah takde ibubapa yang pergi moreh... Sun 23-Sep-2007 07:44
Posted by:abuwijaz abuwildan75@yahoo.com.my
Add comment


Friday, 21-Sep-2007 04:01 Email | Share | | Bookmark
hati sayu di sebalik cerita Nurin

malam tadi selepas menunaikan solat terawih di surau bersama Imam jemputan (Ust Hamzah dari SMKA Miri) hati kamek sayu sejenak selepas mendengar berita tentang Nurin. (semasa sedang moreh bersama Ust Hamzah). Makanan yang kamek makan malam tu terus jadi tak selera dan tak sedap...hati sayu dan sedih kerana Negaraku telah jadi medan kezaliman. Bukan akibat penjajahan luaran tapi rakyat tempatan sendiri.
Kamek tak dapat bayangkan jika ianya terjadi kepada anak kamek sendiri.sedih...

Care to comment?


Tuesday, 18-Sep-2007 02:48 Email | Share | | Bookmark
Hari Yang Amat Letih

 
Hari ini diri ini rasa letih amat sangat.Maklumlah kelas sampai jam 5 petang. Selepas tu kamek balik rumah dan ambik anak untuk bersiar-bersiar di kawasan sekolah. Anak kamek ni, tak boleh dok diam di rumah pada waktu petang, ada-ada saja dia nak jalan keluar...so kamek bawa dia berdua bersiar-siar di kawasan sekolah.
Selepas bersungkei (berbuka puasa) terkejar -kejar pulak kamek untuk hantar isteri ke Dynasty Hotel (ada kursus j-QAF) selama 3 hari.
Kemudian selepas tu pergi pulak duty warden jam 8 malam sampai 10.30 malam. Yang kamek jadi letih sebab terpaksa hero-hero tu...ke hulu ke hilir diorang main dalam bilik warden tu...2 x kamek berulang alik balik umah sebab diorang tu nak minum susu kat rumah, so balik lah kamek...
jam 11.00 malam pergi ambil "ummi" mereka pulak dari kursus...

Salam Ramadhan..!!Semoga kita dpt menjalankan ibadah puasa dgn penuh kesabaran, keikhlasan dan dpt meningkatkan lagi ketaqwaan kita kpd Allah S.W.T.....

----------------------------------------------
Tepung Kek Segera..mixer tidak diperlukan...mudah & lazat...!
http://mrsmarwan.fotopages.com
Wed 19-Sep-2007 23:43
Posted by:mrsmarwan  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.