Want your
own Fotopage?







 
Abu Wijaz Al Miriey's FotoPage
Abu Wijaz
By: Abu Wijaz Al Miriey Mohamed

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 18-Sep-2007 02:48 Email | Share | | Bookmark
Hari Yang Amat Letih

 
Hari ini diri ini rasa letih amat sangat.Maklumlah kelas sampai jam 5 petang. Selepas tu kamek balik rumah dan ambik anak untuk bersiar-bersiar di kawasan sekolah. Anak kamek ni, tak boleh dok diam di rumah pada waktu petang, ada-ada saja dia nak jalan keluar...so kamek bawa dia berdua bersiar-siar di kawasan sekolah.
Selepas bersungkei (berbuka puasa) terkejar -kejar pulak kamek untuk hantar isteri ke Dynasty Hotel (ada kursus j-QAF) selama 3 hari.
Kemudian selepas tu pergi pulak duty warden jam 8 malam sampai 10.30 malam. Yang kamek jadi letih sebab terpaksa hero-hero tu...ke hulu ke hilir diorang main dalam bilik warden tu...2 x kamek berulang alik balik umah sebab diorang tu nak minum susu kat rumah, so balik lah kamek...
jam 11.00 malam pergi ambil "ummi" mereka pulak dari kursus...

Care to comment?


Monday, 17-Sep-2007 05:27 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Ibubapa pelajar PMR/SPM dengan guru

 
 
 
View all 5 photos...
Ini adalah perjumpaan kali ke 3 kamek rasa buat anak-anak pelajar PMR/SPM. Segala penat lelah guru-guru habis dicurahkan untuk kejayaan anak-anak pelajar... pendek kata semua "buah kilas" dah diberikan...yang tinggal cuma mempraktikkannya dalam exam
Apa yang guru-guru harapkan janganlah korang semua mensia-siakan harapan kedua ibubapa korang. Berilah airmata kejayaan buat kedua ibubapa dan janganlah diberikan air mata kesedihan...

Salam akhi.. ana dah pindah blog.. sudi2 lawatinya.. Tue 18-Sep-2007 00:55
Posted by:IbnRajab ibnrajab@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 12-Sep-2007 14:43 Email | Share | | Bookmark
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Karim

 
Entri kali ini, kamek ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan menjalani ibadat puasa. sesungguhnya dengan kedatangan ramadhan kali ini insya Allah akan memberikan kita kekuatan untuk lebih beramal kepada Allah swt. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai bulan untuk mentarbiah diri dan mensucikan diri daripada sifat-sifat mazmumah. Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna buat kita semua....amin

Care to comment?


Wednesday, 12-Sep-2007 13:55 Email | Share | | Bookmark
Jom cemerlang anak didikku

di sinilah motivasi disemai
 
 
View all 44 photos...
Bermula 10-12 September, semua pelajar tingkatan 4 SM Sains Miri mengikuti kem motivasi bertempat di Kg. Sukan Petronas, Miri. Kamek ditugaskan sebagai fasilitator dan Ajk kerohanian. Sepanjang kem tersebut para pelajar diisi dengan pelbagai ceramah daripada Tn Hj. Anuar Khan (Petronas),Ustaz Nik Mohd Shazmizi (SMK Merbau), En. Hamidon (SMK Baru) dan Ust. Roshaideen (SK South). Turut diselitkan dalam kem ini LDK yang dibantu oleh Cik Jeti, Ust Muzaha, Ust Surjana, En. Rizal,En. Mohd Ali, Cik Dayang Zullina, Cik Clare, Pn.Jamie En. Fauzan dan lain-lain lagi (sori tak ingat nama-nama yg lain).

kena buat comel lagi laman web ni....buh gambar syahrul banyak2.. Mon 17-Sep-2007 05:23
Posted by:abu abi shamazaf@yahoo.com
waa...waa...xleh balik raya... Tue 18-Sep-2007 16:45
Posted by:abu abi shamazaf@yahoo.com
Add comment


Saturday, 8-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Lawatan ke rumah panjang Baie, Sibuti

Ust Azhar (PK HEM SM Sains Miri)
 
logo rumah panjang
View all 6 photos...
Selepas saja duty warden habis (kira-kira jam 12 tengahari) kamek berehat sekejap di rumah bersama anak-anak dan isteri.Pada jam 2 petang kamek bersama Ust Mohd Azhar,Rizal, James, Edmund dan Jeti mengiringi pengetua-pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke rumah panjang Baie, Sibuti.
Sampai di sana kami disambut dengan adat mereka (tari menari-ngajat) dan diberi taklimat tentang rumah panjang..

Care to comment?


Friday, 7-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pelancaran Bulan Ramadhan Al Mubarak peringkat SM Sains Miri

 
 
 
sebelum pelajar-pelajar menikmati juadah P & P pada pagi ini bonda pengetua dan cikgu cikgi berhimpun di Dewan Sri Pahlawan. Assembly hari ini menggantikan assembly pada hari rabu yang tidak dapat diadakan atas sebab tertentu.
antara pengisian dalam assembly tersebut ialah pelancaran Bulan Ramadhan Al Mubarak oleh pengetua.sebelum tu, kamek buat intro sedikit tentang bulan Ramadhan ni kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.
Antara isi intro : kamek pesan kepada anak-anak pelajar supaya menjaga tingkah laku di bulan Al Mubarak ini. Bulan Puasa ini bukanlah hanya menahan daripada makan dan minum sahaja bahkan lebih daripada itu. kita juga hendaklah berpuasa dari segi mata (menahan diri daripada melihat benda-benda yang ditegah oleh Allah swt)mulut (menahan diri daripada bercakap benda yang tak elok), telinga (menahan diri daripada mendengar benda yang tak elok seperti umpat-mengumpat, mencarut dan sebagainya)...
Moga Ramadhan kali ini membawa rahmat untuk kita semua..amin

terima kasih kepada ukhti Dalina n akhi Safari sebab tolong kamek dalam pelancaran bulan Ramadhan kali ini.Barakallahu fikum..

Care to comment?


Thursday, 6-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Interview jadi Pensyarah IPS Miri , Sarawak

pintu masuk IPS
perpustakaan-tempat interview
Puan Hajah Zakiah Omar- panel interview (pengarah IPS)
Hari ni kamek pergi interview untuk jadi pensyarah IPS, Miri. Cikgu Amir yang bagitau kamek tentang adanya interview. Berat juga hati kamek nak pergi interview sebab sik sedia apa-apa untuknya. tapi kamek tekadkan hati kamek untuk pergi untuk merasai suasana interview jadi pensyarah.
Fullamak ! terkejut kamek,ingat kan kena cakap arab je,rupanya dia uruh kamek cakap English juga. terperanjat kamek dia suruh kamek cerita ttg ICT di sekolah kamek dan apa yang telah kamek tahu ttg ICT. nasib baiklah dapat speaking & skipping sikit-sikit...


Care to comment?


Wednesday, 5-Sep-2007 07:28 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke 32

 
 
 
buat diri kamek selaku hamba Allah yang hina ini SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 32.semoga hidup ini lebih bermakna kepada diri sendiri dan juga orang lain.

tahniah .moga dimurahkan rezeki dan hidup tuan diberkati Sat 8-Sep-2007 07:48
Posted by:abuhuzaifah melayubaik99@yahoo.com
moga persahabatan kita tetap utuh seperti aur dengan tebing...amin Sun 9-Sep-2007 09:41
Posted by:abuwijaz
Add comment


Monday, 3-Sep-2007 06:28 Email | Share | | Bookmark
Merdeka ! merdeka! merdeka !

 
Ust Bukhari menyapaikan ceramah
bacaan yasin tanda kesyukuran
View all 18 photos...
selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke 50 buat member-member di SM Sains Miri dan anak-anak didikku

Care to comment?


Friday, 24-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Ulangtahun Perkahwinan kami ke-9

 
 
 
hari ini genaplah tahun ke 9 perkahwinan kamek ngan isteri kamek yang disayangi, "Na". selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kita "Na". Moga Na tabah hidup bersama abe dan bersabar dengan karenah hero-hero kita "wildan n Jazlan".

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.